Thursday, February 5, 2009

HMT329: Konsep Pemilikan

KONSEP PEMILIKAN

1.0 PENDAHULUAN

Esei ini akan membincangkan perbezaan tentang konsep milik antara bahasa Mandarin dan dialek Teochew yang dituturkan oleh Siew Suan dengan dialek Melayu Kedah (Baling) yang dituturkan oleh Wan Norhana. Konsep Milik merujuk kepada keadaan di mana rujukan bagi penanda nama adalah proses merujuk kepada nama yang lain. Terdapat pelbagai bentuk konsep milik dalam sesuatu bahasa. Dalam esei ini, konsep milik yang akan dibincangkan ialah dari segi ungkapan, Kata Ganti Nama Posesif ,konsep pemilikan dalam struktur ayat dan konsep pemilikan yang didukung oleh imbuhan “ber-” dan kata preposisi kepada yang mendukung makna “milik atau kepunyaan”. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui perbezaan konsep milik antara bahasa Mandarin, bahasa Melayu Standard, dialek Teochew dan dialek Melayu Kedah (Baling).

2.0 ANALISIS KONSEP MILIK

Konsep Milik adalah berbeza-beza bagi setiap bahasa. Konsep milik pertama yang akan diungkaikan ialah dari segi ungkapan nama. Dalam bahasa Mandarin, Siew Suan menggunakan konsep milik ungkapan nama keluarga. Keseluruhan ahli keluarganya kecuali ibunya menggunakan nama keluarga iaitu “Lim” pada permulaan setiap nama. Contohnya bapa Suan bernama Lim Liam Thiam, manakala adiknya bernama Lim Heng Weng.

Bagi Wan Norhana Bt Ismail, setiap ahli keluarga juga menggunakan nama permulaan dengan “Wan” tetapi perbezaannya dengan Suan ialah Wan Norhana menggunakan “Wan” sebagai nama keturunan moyang yang berasal dari Kelantan. Namun, bapa dan datuk Wan Norhana tidak menggunakan nama “Wan”. Contohnya kakak Wan bernama Wan Norlida, Wan Normala dan abang Wan bernama Wan Mohd Naim tetapi bapa Wan hanya bernama Ismail manakala datuk Wan bernama Md Zain. Beza penggunaan “Wan Norhana” dengan “Lim Siew Suan” ialah “Wan ” adalah nama yang dikira dalam nama “Wan Norhana” manakala “Lim” tidak dikira sebagai nama dalam nama “Lim Siew Suan” kerana nama sebenar yang digunakan ialah “Siew Suan” sahaja. Selain itu, bagi nama Wan Norhana, ia dibintikan kepada nama ayah yang mana perkataan binti itu berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud anak perempuan kepada seorang bapa. Contohnya Wan Norhana Binti Ismail. Bagi Suan pula, nama Lim mewakili keturunan kepada keluarga Lim. Contohnya Lim Siew Suan. Siew Suan merupakan keturunan keluarga Lim.

Bagi perbincangan konsep kedua pula ialah dari segi konsep milik kata ganti posesif. Contohnya bagi frasa “Limau ini kepunyaan saya”. Bagi Wan Norhana, “Limau ini kepunyaan saya diungkapkan sebagai “Limau ini hat kami”. Perkataan “hat” mewakili “kepunyaan” manakala “kami” mewakili “saya”. Bagi Suan pula, beliau mengungkapkan ayat “Limau ini kepunyaan saya” seperti berikut :

a) Limau ini yang saya punya. (B.Melayu)
b) zhè chēng shì wō de. (Bahasa Mandarin)
c) zì ka sĭ wà kāi .(Dialek Teochew)

Dalam bahasa Mandarin, “zhè chēng shì wō de” bermaksud “Limau ini kepunyaan saya”, di mana konsep kepunyaan ditandai oleh perkataan “de” manakala dalam dialek Teochew pula konsep milik ditandai oleh perkataan “kāi”. Namun begitu, jika diteliti dari struktur ayat bahasa Melayu Standard, ayat ini boleh diungkapkan dengan menyatakan “Limau saya”. Kita boleh melihat bahawa terdapat konsep milik yang digugurkan jika dibandingkan dengan pengungkapan dalam dialek Melayu Kedah (Baling) iaitu “Limau itu hat saya”. Terdapat pengguguran konsep milik antara perkataan limau dan saya seperti Limau Ø saya. Pengguguran perkataan itu mungkin dapat diwakili oleh “kepunyaan, hak atau milik” Iaitu “Limau ini kepunyaan saya”.

Seterusnya ialah dari segi konsep pemilikan dalam struktur ayat. Sebagai contoh konsep pemilikan rumah. Contohnya ayat dalam bahasa Melayu Standard “Rumah saya besar”. Bagi Wan Norhana, ayat ini dituturkan sama seperti bahasa Standard iaitu “ghumah saya besaq” tetapi bagi Siew Suan, ayat ini dituturkan sebagai

a)“Saya punya rumah besar” (B.Melayu)
b) wŏ de jiā hěn dā. ( Bahasa Mandarin)
c) wā kāi cǔ jīng duă.( Bahasa Teochew)

Konsep milik di sini dapat dilihat dalam ayat yang dituturkan oleh Wan Norhana iaitu “ghumah saya besaq”. Terdapat perkataan ‘kepunyaan’ yang telah digugurkan antara perkataan rumah dan saya iaitu “rumah Ø saya besaq”. Namun dalam bahasa Mandarin dan dialek Teochew, ayat ini dituturkan dengan disertakan perkataan 'kepunyaan' seperti “Saya punya rumah besar” (B.Melayu), wŏ de jiā hěn dā ( Bahasa Mandarin) yang mana perkataan “de” yang merupakan kata posesif mendukung makna kepunyaan, dan dalam dialek Teochew “wā kāi cǔ jīng duă” di mana perkataan “kai” membawa maksud kepunyaan.

Selain itu, terdapat juga imbuhan kata kerja dalam dialek Melayu Baling yang menunjukkan konsep milik iaitu imbuhan 'be-'. Contohnya dalam ayat, "Dia berharta, bolehlah dia membeli rumah besar". dalam dialek Melayu Baling, ayat ini diungkapkan sebagai "Dia begheta,bolehla beli ghumah besaq". Imbuhan ber- dalam bahasa Melayu Standard yang menunjukkan konsep milik atau bermaksud 'mempunyai' juga menjadi konsep milik dalam penyebutan "be-" dalam dialek Melayu Kedah (Baling). Konsep milik imbuhan 'be-' dalam dialek Melayu Baling ini juga merujuk kepada kata kerja. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat "Dia dah begheta, bolehla beli ghumah besaq" atau dalam bahasa Melayu Standard melalui ayat "Dia sudah berharta, bolehlah membeli rumah besar".

Bagi Suan, ayat ini diungkapkan dengan “tā hēn yōu_qian, kē_yí māi dā_fāng_zī” (Bahasa Manderin), yang bermaksud, “Dia kaya punya orang, boleh beli rumah besar” dan “yī jīng wū_luí, oī_sāi boĭ duā_chū” (Bahasa Teochew) yang membawa maksud “Dia kaya punya orang, boleh beli rumah besar”. Perbezaan konsep milik, jelas di sini dengan imbuhan 'be-' yang digunakan oleh Wan Norhana dalam dialek Melayu Kedah (Baling) manakala dalam bahasa Mandarin konsep pemilikan ditunjukkan dalam perkataan “de” yang merupakan kata posesif yang mendukung makna “mempunyai” dan “kai” dalam dialek Teochew yang juga mendukung makna “mempunyai atau memiliki”. Namun begitu, imbuhan ‘be- dalam dialek Melayu Kedah (Baling) juga akan merujuk kepada kata adjektif. Hal ini dapat ditunjukkan dalam ayat, “Dia sangat berharta”. Dalam dialek Melayu Kedah (Baling) ayat ini dituturkan sebagai “ Dia begheta sungguh”. Dalam bahasa Mandarin yang dituturkan oleh Suan ayat ini diungkapkan sebagai “tā hēn yōu_qiān” yang bermaksud “dia sangat berharta” dan dalam dialek Teochew sebagai “ yī jīng wū_luí.

Di samping hal-hal yang telah dijelaskan di atas, konsep pemilikan ini juga boleh merujuk kepada kata preposisi “kepada” yang mendukung makna pemilik atau kepunyaan. Contohnya dalam ayat “Mak Suan” yang dituturkan oleh Wan Norhana, dituturkan sebagai “Suan de mā_ma” yang bermakna emak kepada Suan dalam bahasa Mandarin dan “Suan kāi mǎ” dalam dialek Teochew. Hal ini jelas bahawa terdapat perbezaan konsep milik antara dialek Melayu Kedah ( Baling ) dengan bahasa Mandarin dan dialek Teochew yang mana dalam dialek Teochew dan bahasa Mandarin, konsep kepunyaan didukung oleh perkataan “de” dalam bahasa Mandarin dan ”kāi” dalam dialek Teochew yang mewakili kata preposisi “kepada”. Namun demikian, dalam dialek Melayu Kedah (Baling), terdapat perkataan yang menjadi konsep milik yang digugurkan iaitu antara perkataan emak dan Suan yang dapat diringkaskan kepada “ Emak ø Suan”. Tempat kosong antara perkataan emak dan Suan boleh diisikan dengan kata preposisi “kepada”.

Secara ringkasnya, perbezaan konsep milik antara Bahasa Melayu Standard, Dialek Melayu Kedah (Baling), Bahasa Mandarin dan Dialek Teochew dapat dinyatakan dalam jadual di bawah :


Konsep milik

Dialek Melayu Kedah (Baling)
Dialek Teochew
Bahasa Mandarin

Ungkapan + kepada
Wan Norhana anak perempuan kepada Ismail
Siew Suan keturunan kepada keluarga Lim
Siew Suan keturunan kepada keluarga Lim

Milik kepada siapa

Limau itu hat saya
Limau itu kepunyaan saya
zì ka sĭ wà kāi
Limau itu kepunyaan saya
zhè chēng shì wō de

Kata ganti diri pertama

ghumah saya besaq
Saya punya rumah besar
wā kāi cǔ jīng duă

Saya punya rumah besar
wŏ de jiā hěn dā
Imbuhan “ber-” @ “be-”

(Kata Kerja)
Dia dah begheta, bolehla beli ghumah besaq
yī jīng wū_luí, oī _sāi boĭ duă_chū
tā hēn yōu_qían, kē_yí măi dā _fáng_zī
Imbuhan “ber-” @ “be-”

(Kata Adjektif)
Dia begheta sungguh
yī jīng wū_luí
tā hēn yōu_qiān

Genetive + Nama
Mak Suan
Emak kepada Suan
Suan kāi mǎ
Emak kepada Suan
Suan de mā_ma

3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, terdapat konsep pemilikan yang pelbagai dan berbeza antara sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain. Misalnya konsep pemilikan dalam dialek Melayu Kedah(Baling) dan bahasa Mandarin. Contohnya penggunaan kata “hat” dalam dialek Melayu Kedah Baling yang mendukung makna kepunyaan,Konsep pemilikan nama keluarga dalam bahasa Mandarin,konsep pemilikan yang digugurkan dalam struktur ayat bagi dialek Melayu Kedah(Baling), konsep imbuhan ber- yang mendukung makna “mempunyai atau memiliki” dan kata preposisi “de” dan “kāi” yang mendukung makna milik atau kepunyaan.

BIBLIOGRAFI:Rujukan hidup: 1
Lim Siew Suan
Wan Norhana Bt Ismail

Rujukan internet :
http://en.wikipedia.org/wiki/Genitive
http://www.merriam-webster.com/dictionary/genitive
http://www.sil.org/linguistics/GlossaryOfLinguisticTerms/WhatIsCase.htm
www.ntgreek.org/learn_nt_greek/classify-genitive.htm

Hasil Kerja:
9. Lim Siew Suan
28. Wan Norhana Bt Ismail

No comments:

Post a Comment