Monday, February 2, 2009

Lagu Untukmu --- Meet Uncle Hussein





Lagu Untukmu


Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah


Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua







Pada pendapat saya, lagu ini ditulis oleh MUH untuk meluahkan perasaan yang sedih kepada orang yang telah melukakan hati mereka. Walaupun tiada apa-apa yang dapat menenangkan hati mereka yang terluka. tetapi, mereka yakin bahawa mereka dapat berdiri semula tanpa bantuan orang lain. Selain itu, lagu ini juga mengatakan bahawa fikiran dan hati mereka adalah berbeza. Perbezaan tersebut menyebebkan mereka tidak mempunyai peluang untuk bersama lagi. Penulis juga berasa diri telah lama dipermainkan, orang yang tersayangnya tidak mempedulikan perasaannya dan berasa tidak akan bersabar dengan sikap sedemikian. Penulis tidak faham sebab beliau menawan orang tersebut walaupun mereka mempunyai fikiran dan hala tuju yang berbeza. Akhirnya, penulis membuat keputusan untuk manamatkan hubungan antara mereka dengan orang-orang ini.

No comments:

Post a Comment